Tiba-tiba kecoh dengan cerita Abby Abadi sah bergelar isteri jejaka bernama Farhan. Nampaknya pandai juga Abby Abadi sembunyikan perkahwinannya. Menerusi laporan MH Online, Memey bagi mewakili suaminya yang juga bekas suami Abby, Norman Hakim memberitahu mereka berdua mendoakan kebahagiaan Abby bersama suami barunya itu.
“Saya dan abang berkongsi kegembiraan dengan apa yang dimiliki Abby sekarang. Kami mendoakan semoga dia bahagia dan jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Sekali lagi tahniah untuknya,” ujar Memey.
Ditanyakan adakah mereka dimaklumkan akan perkahwinan tersebut, jawab Memey;
“Dia hanya beritahu ‘hint’ dan akhirnya kami pun maklum akan hal ini.”