Memey Suhaiza Dan Abby Abadi Bercuti Bersama Anak-Anak Dan Norman? | Buang yang keruh, ambil yang jernih. Itulah sebaik-baiknya yang kita perlu lakukan demi menjaga kesejahteraan hidup. Kita patut ambil contoh apa yang berlaku pada Abby Abadi dan Memey Suhaiza. Benda sudah jadi dan itulah ketentuan-Nya maka, kena redha ajelah kan. Sepertimana kita semua tahu, Abby Abadi dan Memey sudah menamatkan ‘perang’ antara mereka dengan berdamai anak-anak.

Keakraban mereka juga nampaknya semakin ok dan dikhabarkan Abby Abadi telah bersama-sama Memey dan keluarganya (anak-anak dan Norman Hakim) bercuti ke Genting Highland tempohari. Menurut portal hiburan murai.com.my, kedua-dua mereka dilaporkan telah menghabiskan masa di Genting Highlands pada hujung minggu dengan ditemani Norman Hakim dan anak-anak.

Perkara ini telah dikongsi sendiri oleh Memey yang kini sarat mengandung 5 bulan pada majlis pelancaran Kempen Semarak Cinta untuk saluran Astro Ria di Flora Café, Hampshire Place menerusi portal berkenaan.

“Selepas pertemuan pada ramadan yang lalu, hubungan kami bertambah akrab dan kami juga selalu berhubung. Insya Allah kalau tiada aral melintang saya dan Abby akan bercuti ke Beijing pula dalam masa terdekat ini. Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik sebab memang kami sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak-anak. Hujung minggu lalu pun kami ada bercuti ke Genting Highlands. Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua, Alhamdulillah,”cerita Memey mengenai hubungannya bersama bekas isteri Norman Hakim itu.

Bercerita mengenai kandungan dan persiapan sebelum bersalin, Memey menjelaskan persiapan masih lagi diperingkat awal. Dia juga belum lagi mengidam sebarang menu yang pelik semenjak disahkan mengandung akhir Jun lalu.

“Abang Norman dan saya dah merancang untuk membuat persiapan rapi bila kandungan memasuki usia tujuh bulan. Cuma lokasi untuk bersalin sahaja yang dah dikenalpasti iaitu tempat yang sama ketika Abby bersalin dulu. Semua aktiviti seni saya hentikan dahulu untuk berehat. Lagipun saya sering alami contraction dan morning sickness yang agak teruk. Jadi sekarang ini saya lebihkan rehat tetapi saya memang teruja menunggu kelahiran ini. Kalau pasal mengidam buat masa ini belum lagi teringin nak makan yang pelik-pelik. Setakat benda yang ada depan mata sahaja tapi tak tahulah lepas ni,”ujarnya berseloroh ditanya mengenai pengalaman pertama mengandung.

Menurut aktres kelahiran Johor ini, dia dijadualkan bersalin pada penghujung bulan Februari tahun hadapan. Memey dan Norman yang berkahwin pada 24 September tahun lalu telah menghabiskan ulangtahun pertama perkahwinan mereka di Medan atas tajaan Air Asia untuk program Destinasi Cinta Bersama Air Asia.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.