Menang Asian Wave 2012, Shila Amzah Mula Dikenali di Shanghai | Baru seminggu menjuarai pertandingan nyanyian Asian Wave 2012, Shila Amzah sudah dikenali di Shanghai, China. Shila Amzah sendiri tidak sangka dan terkejut apabila ada warga tempatan yang menegurnya ketika berjalan-jalan di kota yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi itu.

“Tak sangka ada yang mengenali saya. Rupa-rupanya mereka kenal saya kerana imej bertudung. Itu yang membezakan saya dengan peserta-peserta lain. Malah, saya juga dimaklumkan selepas meraih kemenangan itu, ramai yang membuat carian tentang saya di laman YouTube untuk melihat persembahan saya yang lain-lain.

“Tak sangka mereka di sana boleh menerima saya dengan baik. Sedangkan mereka sudah ada calon kegemaran. Sepanjang tempoh berada di sana, saya mendapat layanan cukup baik. Saya rasa terharu dan gembira dan diharapkan kemenangan ini boleh membuka jalan untuk menyinar di peringkat antarabangsa,” ujar Shila berkongsi cerita kepada media sewaktu tiba di KLIA.

“Selepas ini, saya akan kerap berulang-alik ke Shanghai bagi mengikuti program-program yang telah disusun oleh pihak di sana. Jadi, mungkin ada beberapa undangan yang dijadualkan di sini terpaksa saya tolak. Buat masa ini saya tidak dapat berikan maklumat terperinci kerana belum tandatangani sebarang kontrak. Saya perlukan masa untuk memahami terma dan syarat yang ditetapkan. Satu sidang media rasmi akan diadakan dalam sedikit masa lagi untuk mengumumkan tentang perkara ini,” ujar Shila.

Menjelaskan tentang hadiah kemenangan itu, Shila Amzah memberitahu dia tidak membawa pulang wang tunai sebanyak RM5 juta seperti yang digembar-gemburkan. Sebaliknya, jumlah itu adalah dalam bentuk dana yang harus dikongsi bersama naib juara dan pemenang tempat ketiga bagi pembangunan karier sebagai Superstar Asia.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.