Gambar Sir Richard Branson Jadi Pramugari AirAsia | Sudah tentu penumpang pesawat AirAsia (Airbus A330) yang terbang dari Perth, Australia ke Kuala Lumpur cukup berbangga kerana mereka telah dilayan oleh pramugari berstatus jutawan. Ini kerana jutawan Britain, Sir Richard Branson telah bertugas dalam pesawat berkenaan kerana kalah pertaruhan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

Memetik laporan berita, penerbangan AirAsia X ke Kuala Lumpur dari Perth, Australia mendarat di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), dan Sir Richard Branson yang merupakan Pengerusi Virgin Group memakai mekap dan kasut tumit tinggi, bertugas sebagai pramugari dalam penerbangan itu. Beliau juga terpaksa mencukur bulu kakinya, memakai gincu dan skirt merah bagi menunaikan janjinya.

Sir Richard Branson AirAsia

Sir Richard Branson Jadi Pramugari AirAsiaBeliau berlepas dari Perth awal pagi semalam dengan penerbangan amal bagi mengumpul dana itu bagi menunaikan janjinya setelah kalah dalam pertaruhan dengan Fernandes pada Grand Prix lebih dua tahun lalu. Pertaruhan itu berjaya membantu Branson yang memakai skirt merah seksi itu untuk mengumpul sumbangan kira-kira AU$300,000 (RM896,545) untuk disalurkan kepada Starlight Children’s Foundation di Australia.

sir-richard-branson

stewardess-richard-branson-serves-passengers

Branson, bagaimanapun dikenakan tindakan disiplin oleh Ketua Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes, selepas sengaja menjatuhkan dulang jus oren ke atas paha Fernandes. Fernandes kemudiannya secara berjenaka mengisytiharkan kemahiran Branson sebagai pembantu pesawat dalam penerbangan selama hampir enam jam itu sebagai ‘tidak berguna’ dan ‘dipecat’ serta-merta.

Sir Richard Branson Airasia Crew

Pertaruhan antara Branson dan Fernandes berlaku lebih dua tahun lalu berhubung mana satu pasukan Formula Racing pilihan mereka menamatkan saingan pada kedudukan lebih tinggi pada Grand Prix Formula One 2010 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.