Filem Mencari Cinta buat pertama kalinya telah menggandingkan dua orang pelakon popular iaitu Rusdi Ramli dan Nora Danish. Namun disebalik kehangatan gandingan berkenaan, terselit pula isu negatif mengenai beberapa adegan yang sedikit sensatif. Menurut laporan sebuah media hiburan, pihaknya mendapati banyak adegan romantik dan ranjang yang membabitkan kedua-dua pelakon berkenaan.

Sinopsis Filem Mencari Cinta

Mencari Cintan yang menggandingkan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20, Rusdi Ramli dan aktres cantik molek, Nora Danish mengisahkan tentang Myra (Nora Danish) yang telah dipaksa oleh ayahnya untuk berkahwin secara paksa dengan seorang pemuda kampung iaitu Razlan (Rusdi Ramli) setelah ditinggalkan kekasihnya.

Filem genre romantik diterbitkan oleh syarikat produksi Armnett Sdn. Bhd. dan Red Movies Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Shirin Khuzaimi manakala Riezman Khuzaimi bertindak selaku pengarah kedua dan pengarah teknikal itu sudah tamat menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Janda Baik pada bulan Mac lalu dengan kos sekitar RM1.5 juta. Selain dijayakan oleh Rusdi dan Nora, filem berkenaan juga turut dilakonkan ramai pelakon hebat seperti Fouziah Ghouse, Riezman Khuzaimi, Mahmod Ali Basha, Norlida Ahmad, Daphne Iking dan Natasha Hudson.

Penjelasan Riezman Khuzaimi Mengenai Isu Ranjang Mencari Cinta

Ditanya mengenai beberapa adegan panas dalam filem berkenaan yang mungkin boleh mencetuskan kontroversi, Riezman menjelaskan pihaknya sedar akan ada tapisan yang dilakukan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). Riezman menegaskan adegan panas yang ditampilkan dalam filem berkenaan tidak keterlaluan, namun pihaknya sudah membuat beberapa perancangan sekiranya LPF tetap membuat tapisan terhadap beberapa adegan.

“Sebagai pihak yang sudah lama berkecimpung dalam industri hiburan, kami sedar dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh LPF dan kami tidak kisah sekiranya banyak tapisan yang dibuat untuk tayangan di negara ini.

 


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.