Menjadi Mangsa Penipuan, Lisa Surihani Buat Laporan Polis | Isteri kepada pelakon, pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim, Lisa Surihani, 27 membuat laporan di Balai Polis Bangi pada hari Jumaat selepas menyedari dirinya ditipu berhubung kait dengan wang. Jelasnya, dia membuat laporan itu bersama Yusry dan ibunya Amira Ahmad, kira-kira pukul 2 petang, namun enggan mengulas lanjut isu berkenaan.

“Saya mengaku telah membuat laporan polis berhubung kes penipuan tetapi saya tidak dapat untuk menjelaskan kes itu secara terperinci. Bukan saya tidak mahu bekerjasama tetapi buat masa ini ia masih dalam siasatan pihak polis,” katanya dalam laporan mStar Online.

lisa surihani 2

Lisa berkata, sekiranya pihak polis selesai membuat siasatan, barulah dia bersedia untuk berkongsi kisah itu agar peristiwa berkenaan menjadi pengajaran kepada orang ramai.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.