MENJELANG PERLAWANAN MALAYSIA LAWAN INDONESIA 17 NOVEMBER 2011 | MALAYSIA VS INDONESIA SUKAN SEA INDONESIA 2011 | Perlawanan terakhir pasukan negara menentang tuan rumah, Indonesia (Malaysia vs Indonesia) pada 17 November 2011 nanti boleh diibaratkan medan final kejohanan kali ini. Seperti yang anda sedia maklum, pada Piala Suzuki yang lepas, skuad negara kita tewas kepada Indonesia di peringkat kumpulan namun berjaya membalas dendam di Final AFF Suzuki Cup berkenaan. Adakah episod yang sama bakal berulang?

Untuk perlawanan ini, skuad Harimau Malaya tidak boleh kalah dan jika seri sekalipun janganlah dengan bolos yang besar. Ini kerana skuad kita masih lagi disaingi oleh Singapura dan juga Thailand yang mungkin akan cuba sedaya upaya untuk curi peluang yang ada. Singapura dan Thailand memerlukan jumlah jaringan yang besar selain dari kemenangan pada perlawanan berkenaan untuk memintas kedudukan pasukan negara.

SAKSIKAN SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN MALAYSIA LAWAN INDONESIA 17 NOVEMBER 2011 DI ASTRO ARENA | RTM | DAN JUGA TV3!

Bagi skuad Ong Kim Swee pula, sikap ambil mudah dan sambil lewa telah menyebabkan skuad negara kita hampir-hampir dimalukan. Sikap ‘mudah puas’ atau kehilangan ‘nafsu’ sering manghantui pemain kita apabila sedang mendahului lawan. Itulah yang menyebabkan skuad Olimpik U23 Malaysia ini sering dikritik kalangan peminat tempatan. Apapun diharap Ong Kim Swee segera memperbetulkan keadaan. Jangan benarkan pemainnya hilang fokus. Peminat mengkritik bukan kerana benci malah kami sayangkan bola sepak Malaysia!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.