Perlawanan persahabatan antara Malaysia vs Sri Lanka seolah-olah dipandang sinis oleh sesetengah pihak. Seperti memandang rendah kemampuan lawan, namun mereka tak sedar bola itu bulat dan komitmen pemain kebangsaan tetap ditagih dari dimalukan pasukan ‘kerdil’ berkenaan. Safee Sali juga menghargai peluang yang diberikan dan beliau berasa amat teruja walaupun berdepan Sri Lanka.

Memetik laporan berita hari ini, niat penyerang sensasi negara, Safee Sali cuma satu – menjaringkan gol membantu skuad Harimau Malaya merakamkan kemenangan ke atas Sri Lanka dalam siri persahabatan antarabangsa pada 28 April ini. Tambahan, dia berselera untuk kembali beraksi di gelanggang keramat iaitu di Stadium Shah Alam yang sudah lama tidak dijejaki selepas berpindah ke kelab Indonesia, Pelita jaya.

Bekas penyerang Selangor juga meminta peminat setia turun beramai-ramai ke gelanggang memberi sorakan padu kepada pasukan kebangsaan yang menagih sokongan untuk mendapat semangat baru mendaki semula ke tahap terpuji dalam ranking dunia. Safee akan pulang ke tanah air, Khamis ini selepas Pelita Jaya bertemu Persela Lamongan, Selasa ini.

Sememangnya inilah peluang pemain kebangsaan untuk membuktikan kemampuan mereka. Diharapkan kemenangan besar mampu dihasilkan demi memulihkan maruah pasukan kebangsaan yang kini semakin jatuh kedudukan ranking FIFA ke tangga 156 dunia.

Untuk makluman, tiket perlawanan Malaysia vs Sri Lanka boleh didapati bermula jam 5.30 petang pada hari perlawanan, 28 April 2012. Harga tiket adalah RM20 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Tiket juga boleh didapati secara online di www.tickethotline.com.my.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.