Menteri Besar Baru Kelantan – Datuk Ahmad Yaacob Ganti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat? | Kelantan berjaya mengekalkan pemerintahannya dengan mendapat 33 kerusi berbading 12 oleh Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semalam. Namun difahamkan, rakyat Kelantan bakal dinaungi oleh Menteri Besar baru kerana dikhabarkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan undur diri dari kerusi nombor satu berkenaan.

Memetik laporan media, sebelum ini, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 82, telah menyuarakan hasrat untuk menyerahkan kerusi nombor satu negeri itu kepada pemimpin baru, namun desakan dalaman parti yang masih mahu beliau mengekalkan kerusi yang disandangnya sejak 23 tahun itu.

Datuk Ahmad Yaakob

Sepatutnya, Menteri Besar baru bakal  mengangkat sumpah di Istana Negeri Kubang Kerian jam 4.30 petang tadi, namun ammboi masih belum menerima info rasmi mengenai siapa calon berkenaan. Menurut sumber, Datuk Ahmad Yaakob yang dijangka akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kelantan bagi menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.