Menu-menu ini adalah menu popular di Malaysia yang biasa kita jumpa. Walaupun biasa, setiap kali nampak gambar ini atau terlalu di newsfeed Facebook, pasti meningkatkan rasa dan membuat hati ini terliur.

1) Satay 

Imej via AstroAwani

Satay merupakan salah satu makanan yang popular dan terkenal di Malaysia dan Luar Negara. Satay ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Ia dibuat daripada kepingan daging ayam atau daging lembu yang dicucuk pada lidi atau buluh lalu dibakar menggunakan api arang kayu. Pada kebiasaannya, satay akan di hidangkan bersama kuah kacang serta hirisan timun dan bawang. 

Satay lembu dan ayam yang merupakan salah satu jenis satay yang popular dan terdapat juga beberapa jenis satay lain best, antaranya satay kambing dan juga satay arnab. 

2) Nasi Lemak

Nasi Lemak merupakan hidangan makanan rakyat Melayu. Nasi Lemak diperbuat dari beras yang dimasak dengan santan kelapa, bawang merah, halia dan juga daun pandan. 

Nasi Lemak juga dikenali sebagai juadah kebangsaan Malaysia dan ianya boleh di dapati di setiap pelosok negara. Nasi lemak di Malaysia biasanya mengandungi sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur rebus. 

Terdapat juga penjual Nasi Lemak menyajikannya nasi lemak dengan lauk tambahan lain seperti sambal sotong, sambal kerang, telur goreng, ayam goreng, rendang dan sebagainya. 

3) Roti Canai 

Pasti ramai yang mengenali satu roti yang sangat popular. Ianya menjadi salah satu makanan utama semasa sarapan bagi rakyat Malaysia tidak kira bangsa. Roti tersebut dikenali sebagai roti canai kerana untuk menghasilkan roti ini, ianya perlu di canai dahulu oleh si pembuat roti. 

Pembuat roti ini pula hendaklah mempunyai skill yang tinggi bagi menghasilkan roti yang lembut dan enak. Ianya boleh didapati di kebanyakan restoran mamak dan restoran Melayu di Malaysia.

Kalau nak tahu, asal usul roti ini dibawa oleh immigran Tamil Muslim yang telah menetap di Malaysia. Nama lain daripada roti canai adalah ‘roti terbang’ hal ini disebabkan oleh proses pembuatannya yang seakan lemparan dan pusingan sebelum dimasak.

Imej via Kuali

Biasanya, Roti Canai ini dimakan bersama kuah kari, kuah kacang dhal dan juga sambal tumis. Malah, ada di sesetengah tempat menikmati Roti Canai ini bersama dengan gula pasir yang dicampurkan ke dalam kuah kari. Roti Canai mempunyai pelbagai pilihan seperti roti telur, roti tisu, roti pisang, roti bawang, roti planta dan sebagainya.

4) Otak-otak

Otak-Otak merupakan snek ringan yang  boleh dinikmati di Malaysia dan Singapura. Makanan ini digelar otak – otak disebabkan oleh teksturnya yang lembut dan sedikit lembik. 

Otak-otak dihasilkan dari isi ikan (biasanya ikan tenggiri) yang dihancurkan dan digaulkan dengan campuran rempah termasuk lada, bawang putih, bawang merah, kunyit, serai dan santan. Pada kebiasaannya ia dimakan bersama dengan nasi atau juga boleh dimakan terus sebagai hidangan makanan sampingan. 

5) Apam Balik

Apam Balik merupakan sejenis makanan yang dimasak menggunakan acuan khas dan boleh ditemui di sekitar Malaysia. Ia turut dijual secara meluas oleh penjaja di mana-mana sahaja termasuklah pasar malam, pasar pagi dll.

Apam Balik juga telah di isytiharkan sebagai makanan warisan negara oleh Jabatan Warisan Kebangsaan Malaysia.

6) Cendol

Cendol adalah pencuci mulut yang sangat popular di Malaysia. Ianya boleh di dapati di gerai-gerai tepi jalan sahaja tetapi rasa cendol ini boleh diberikan 5 bintang rasanya kerana pencuci mulut ini tidak pernah mengecewakan peminatnya. 

Ianya diperbuat dari santan kelapa, jeli hijau yang diperbuat daripada tepung beras yang berwarna hijau, ais batu yang dikisar dan gula melaka.

Terdapat juga cendol yang turut dihidangkan bersama pulut, kacang merah dan jagung. Malah, ada juga yang menyajikannya bersama durian, nangka dan juga tapai. 

Imej via Kuali

7) Ais Batu Campur

Ais batu campur adalah sejenis pencuci mulut yang sudah lama popular di Malaysia. Pada awalnya ia dibuat daripada ais yang dikisar serta dicampur dengan kacang merah yang dikenali sebagai ais kacang tetapi disebabkan oleh peredaran zaman ianya semakin mendapat tambahan bahan di dalam ais tersebut. 

Ramuan ini telah di pelbagai dengan pelbagai bahan seperti buah-buahan yang membuatkan rasanya menjadi lebih enak dan berwarna-warni. Pada masa yang sama, ianya turut dicampurkan dengan  kacang merah, jagung manis, cincau, agar-agar, kacang dan aiskrim bagi menarik lagi keceriaan pada minuman tersebut. 

Bagi melengkapkan hidangan ini, ia dicampurkan dengan susu pekat, susu sejat yang di tuang ke atas timbunan ais yang dikisar beserta dengan sedikit sirap ros bagi meningkatkan rasa enak dan manis untuk Ais Batu Campur ini.

Boleh Nikmati Menu Makanan Malaysia Dengan Servis Penghantaran Yang Mudah

Untuk nak nikmati menu-menu yang popular di Malaysia ni, bila-bila masa saja boleh. Bukan saja kerana ia ada di jual di mana-mana malah turut boleh dipesan secara online. Tak perlu nak keluar rumah, tak payah nak bersesak-sesak dan tak usah nak buang masa, minyak kereta dan tenaga.

Antara pihak yang sering digunakan untuk servis delivery malaysia ini adalah Foodpanda. Hampir seluruh Malaysia ada team Foodpanda dengan warna tema merah jambu yang terang. Dari jauh dah boleh nampak.

Apa yang lebih menariknya lagi, dengan kehadiran virus covid19 dan Perintah Kawalan Berkurung ini, pihak Foodpanda turut menekankan konsep contactless delivery bagi membantu jaga keselamatan para pelanggan buat masa ini. 

Penulis: Izzuan Hussain

Minat menulis tentang tempat makan dan tempat menarik di seluruh Malaysia. Kaki travel. Tetapi kini travel bersama anak dan bini. Lagi best.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.