Program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) diperluaskan ke semua institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di seluruh negara menjelang akhir tahun ini, bagi membolehkan 1.3 juta penuntutnya menikmati sarapan pagi pada harga serendah RM2 dan RM4 untuk hidangan tengah hari.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga mensasarkan lebih 250 produk jenama 1Malaysia di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dijual di premis dan koperasi di 20 universiti awam, 27 politeknik dan 78 kolej komuniti serta 500 IPT swasta dalam tempoh sama. Sehingga 14 Mac 2012 lalu, sebanyak 1,480 premis, termasuk 103 kafeteria di 40 IPT menawarkan menu makanan itu.

Kerajaan menetapkan sasaran 3,000 premis menawarkan menu itu menjelang akhir 2012, sejajar inisiatif berterusan kerajaan membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup yang meningkat, selain mengekalkan subsidi barang keperluan. Setakat ini, terdapat 26 KR1M dibuka di seluruh negara dan kerajaan mensasarkan membina 85 kedai rakyat menjelang akhir tahun ini. UKM menjadi antara IPT awam yang menawarkan MR1M dengan 16 premis kafeteria menawarkan menu makanan rakyat itu. – BH


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.