Hukuman yang dijatuhkan ke atas Tan Sri Annuar Musa menyebabkan KAFA dan seluruh peminat bola sepak Kelantan kehilangan seorang individu yang amat besar sumbangannya dalam usaha memajukan bola sepak di Kelantan. Tan Sri Annuar Musa yang juga Timbalan Presiden FAM merupakan individu yang begitu berkaliber dan memberikan sepenuh jiwa raga dalam memastikan bola sepak Kelantan berada pada tahap yang ada kini.

Perkara yang berlaku ini memang agak menyedihkan. Namun Tan Sri Annuar Musa perlulah terus bersemangat untuk memajukan arena bola sepak tanahair. Jangan mudah patah semangat kerana ramai penyokong anda senantiasa menunggu TSAM bangkit. Diharap juga agar pasukan Kelantan mampu mengekalkan prestasi dalam keadaan yang agak suram ini.

Untuk makluman, Tan Sri Annuar Musa digantung selama dua tahun enam bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM atas tindakannya mengkritik prestasi pasukan bola sepak kebangsaan menerusi media. Dalam pada itu, Annuar menerusi laman sosial Facebook miliknya dipetik sebagai berkata : “Mereka boleh ambil semua pangkat saya tetapi mereka tidak boleh ambil maruah saya.

“Mereka boleh gantung atau haramkan saya daripada bola sepak mereka tetapi saya haramkan diri saya daripada berhenti aktif memajukan bola sepak Malaysia.

“Tindakan FAM memberikan semangat baharu kepada saya. Selebihnya saya serahkan kepada masyarakat dan peminat untuk menilai.”

p/s : inilah yang diharapkan….

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.