Menerusi sidang media hari ini, ada petunjuk baru mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) dilaporkan terima imej satelit daripada Airbus yang mengesan 122 objek baru di Selatan Lautan Hindi.

Perkara itu diumumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berkata pada sidang media berkenaan bahawa imej satelit terbaharu dari Airbus itu berjaya mengesan objek berukuran semeter hingga 23 meter panjang dan kelihatan bersinar, kemungkinan ia bahan keras di kedudukan 2,557 kilometer dari Perth dan memberikan satu lagi petunjuk baharu bagi mengesan MH370.

mh370 dikesan

“Perancis, China dan Australia sudah keluarkan data imej satelit yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370. Semalam 25 Mac, Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) terima data imej terbaru dari satelit Pertahanan dan Angkasa Airbus UK yang berpangkalan di Perancis di mana imej berkenaan dikesan pada 23 Mac. MRSA sudah analisis objek berkenaan… di satu kawasan di Lautan Hindi seluas 400 kilometer persegi yang mana 122 objek dikesan di kawasan berkenaan. Sebahagian objek berukuran semeter panjang dan ada yang berukuran 23 meter panjang. Ia kelihatan bersinar, kemungkinan bahan keras,” katanya pada sidang media harian MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Diharap petunjuk ini dapat membantu pihak berkuasa dalam misi mencari dan menyelamat MH370.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.