Saudara kepada penumpang dalam pesawat yang hilang, Malaysian Airlines MH370 mendakwa mereka dapat menghubungi telefon bimbit ahli keluarga yang terbabit dalam kejadian malang itu, menurut laporan media.

Washington Post berkata, keluarga sebahagian daripada 239 penumpang yang menaiki MH370 mendakwa mereka mendengar nada dering ketika membuat panggilan telefon. Sebahagian kes lain pula, ada saudara mendakwa dapat melihat keluarga yang menaiki pesawat itu aktif online menerusi laman jaringan tempatan Cina digelar QQ.

prayformh370 pesawat mas hilang 2014

Perkembangan yang menyeramkan itu timbul dan pihak berkuasa Malaysia juga menggambarkan kehilangan MH370 sebagai misteri. Seorang lelaki memberitahu Washington Post bahawa akaun QQ abang iparnya menunjukkan bahawa beliau sedang online, lapor The Malaysian Insider.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.