“Kami semua mahukan bukti. Saya ada ibu bapa… macam mana saya nak balik ke rumah dengan tangan kosong dan memberitahu mereka, adik (Chng Mei Ling) sudah mati,” luah Chng Khai Chak, 37, abang kepada seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Abang sulung kepada jurutera Chng Mei Ling itu berkata, ketika ini ibu bapanya mahukan bukti yang menunjukkan adik ketiga dari lima beradik itu sudah meninggal dunia. Malah, dia berkata, ahli keluarga bersedia ke Australia bila-bila masa sekiranya bukti kukuh mengenai tragedi itu ditemui.

mh370

“Sekarang saya rasa masih ada harapan lagi… semua masih ada (hidup). Mak dan ayah menunggu (di kampung) risau saja. Dari malam pengumuman oleh Perdana Menteri Isnin lalu, mak sudah meraung…Dia tidak percaya adik sudah tiada sebab benda (bukti) tak ada, macam mana boleh cakap macam itu, kalau jumpa bukti kita boleh terima,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Chng berkata, adiknya yang bekerja sebagai jurutera kimia di sebuah syarikat di Amerika Syarikat pulang ke Malaysia atas urusan kerja di Kuantan, Pahang selama tiga minggu. Bagaimanapun, dia tidak berkesempatan untuk pulang ke kampungnya di Sungai Petani, Kedah kerana sibuk.

“Tetapi dia mengajak mak ke Kuala Lumpur supaya mereka dapat bertemu dan dia membawa mak membeli-belah di sekitar Kuala Lumpur,” katanya yang pertama kali ditemu bual media.

Sumber: myMetro


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected].com]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.