Cuaca mendung dan jarak penglihatan terhad menjejaskan operasi mencari objek yang terapung di Lautan Hindi yang dipercayai boleh membantu siasatan mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 lalu.

Menerusi akaun Twitter rasmi Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), @AMSA_News, ia berkata bahawa pesawat tentera udara Australia (RAAF), Orion, gagal mengesan objek berukuran 24 meter itu. Namun pesawat lain akan diterbangkan untuk meneruskan usaha mencari pesawat MH370:

amsa news

Awal hari ini, pihak AMSA mengesahakan objek berkenaan terapung di Lautan Hindi namun menekankan bahawa objek-objek berkenaan mungkin tiada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

imej satelit objek dijumpai di lautan hindi australia

Semetara itu, pada sidang media di Hotel Sama-Sama, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penemuan dua objek oleh satelit Australia boleh dipercayai namun ia masih belum dapat disahkan.

Sumber: Astro Awani


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.