Tiba-tiba media sosial kecoh dengan isu saluran RTM, TV2 menyiarkan satu kenyataan yang mengatakan ‘pesawat HM370 Sah dirampas‘. Pengumuman yang dikenali sebagai ‘rerayap’ itu dipaparkan semasa telemovie ditayangkan di saluran tersebut.
Untuk makluman, ammboi tak tengok pun kenyataan itu namun berdasarkan gambar yang ada ia memang disiarkan saluran berkenaan (kecuali adanya kerja edit dari sesiapa). Namun berdasarkan kenyataan dari pengguna media sosial, ramai yang mengakui terlihat kenyataan itu.
Berikut adalah satu gambar yang sempat dirakamkan oleh pengguna media sosial dan menjadi persoalan banyak pihak:
Bagaimanapun menerusi laman Facebook TV2 (tak pasti rasmi atau tidak), ada satu post yang menyatakan mereka (tv2) membuat permohonan maaf diatas kesilapan berkenaan.
Harap TV2 siasat perkara ini sebaiknya.