‘Minum Kicap Pekat Campur Dengan Perahan Limau Nipis’ – Hafiz Suip | Tahniah pada Hafiz Suip kerana pelancaran album ketiganya, Luahan Hati Anak Seni yang berkonsep ‘mini magazine’. Album baru Hafiz Suip ini mempertaruhkan sembilan buah lagu ciptaan komposer dan penulis lirik hebat Malaysia dan Indonesia seperti Ajai, LY dan Baiduri, Kuncidemak, serta Satriyaa Anggun.

“Secara keseluruhannya, genre lagu-lagu yang terkandung dalam album ini adalah balada. Penghasilan album ini adalah khas buat peminat yang tidak pernah jemu menyokong karier saya. Selain peminat, saya turut menghargai sokongan keluarga yang sentiasa membantu saya sejak awal. Oleh itu, dengan penghasilan album ini saya mahu dikenali sebagai Hafiz Suip kerana mahu berkongsi kejayaan ini bersama mereka,” katanya dipetik dari Sinar Harian.

album baru hafiz suip

Dibawah Hafiz sempat berkongsi pengalamannya dalam menghasilkan album berkenaan. Antaranya petua menjaga suara ketika demam, Hafiz menceritakan dia menerima cadangan dari krew untuk meminum kicap yang dicampurkan dengan perahan limau nipis. Selain itu, album Luahan Hati Anak Seni kali ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri apabila Hafiz telah menyumbang dua buah lagu ciptaannya sendiri.

“Gara-gara demam dan tiada suara semasa proses rakaman di Indonesia, atas cadangan krew di sana saya terpaksa minum kicap pekat yang dicampur dengan perahan limau nipis. Alhamdulillah, petua itu berkesan dan saya dapat sempurnakan proses rakaman dengan baik. Dalam album ini saya ada cipta dua buah lagu iaitu Deklamasiku dan Mungkinkah. Saya akui penghasilan dua lagu ini adalah berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri. Boleh dikatakan semua lagu yang ada dalam album ini adalah luahan hati saya sendiri tentang pengalaman hidup dan pengalaman pahit saya dalam bercinta,” jelasnya.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah Bahagiamu Deritaku, Mungkinkah, Hanya Ingin Kau Cinta, Deklamasiku, Kesimpulan, Patah Hati, Satu Cerita, Muara Hati dan Matahari.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.