Penyanyi popular Misha Omar mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada Mei depan bersama tunangnya yang kini bertugas sebagai juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Firos Ezzwan Rossly, 32.

Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, berkata dalam laporan mStar Online, dia yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari ini terpaksa menangguhkan perkahwinan itu bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November lalu.

misha omar nikah firos mei

“Insya-Allah kami akan berumah tangga pada bulan Mei ini namun tarikh sebenar akan diberitahu selepas kad jemputan siap untuk diedarkan. Kami terpaksa menangguhkan perkahwinan pada sehingga Mei depan bagi menghormati tempoh habis edah ibu saya pada minggu kedua April. Ia juga sebagai mengambil keberkatan bulan Rejab dalam kalender Islam,” katanya.

Sementara itu, Misha berkata majlis pernikahan dan resepsi akan dijalankan secara serentak di Kota Bahru, Kelantan dalam keadaan sederhana. Katanya, kedua-dua pihak juga bersetuju menyerahkan hantaran lima dulang berbalas lima tanpa barangan berjenama dan wang tunai.

“Adat masyarakat Kelantan tiada wang hantaran tetapi hanya mas kahwin. Bagaimanapun saya telah meletakkan syarat bahawa tidak mahu wang tunai. Begitu juga sebarang barangan berjenama sebagai hantaran, bagi saya itu tidak penting, sebaliknya saya mahu barang yang boleh dikenang dan menjadi simbolik kepada perkahwinan kami,” katanya.

p/s: Semoga perancangan Misha dan Firos kali ini berjalan lancar dan mereka selamat disatukan. Amin…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.