Misha Omar Pitam, Muntah Ketika Pementasan ‘Nyonya and The Gang’ | Penyanyi dan pelakon Misha Omar menghadapi masalah kesihatan apabila secara tiba-tiba pitam dan muntah sebelum tamatnya pementasan teater Nyonya and The Gang di Panggung Sari, Istana Budaya, malam Sabtu lalu. Menurut sumber berita, Misha Omar mungkin kurang tidur dan keletihan akibat latihan teater yang dilakukan sejak sebulan lalu.

“Dia tiba-tiba pitam dan muntah-muntah mungkin dia masuk angin kerana kurang tidur dan terlalu letih. Namun begitu dia tetap ingin keluar ke pentas bagi menghabiskan babak lakonannya pada malam ini,” jelas sumber berkenaan dipetik dari mStar Online.

misha_omar

Misha Omar mungkin akan direhatkan atau digantikan sementara jika keadaan kesihatannya tidak mengizinkan. Misha yang membawakan watak Keponakan Cantik kelihatan aktif pada awal pementasan berlangsung dan berjaya menarik perhatian penonton dengan aksi lakonannya yang bersahaja. Bagaimanapun penampilan Misha pada babak terakhir menjadi tanda tanya apabila dia hanya duduk lesu dan dipapah oleh beberapa pelakon lain ketika berada di atas pentas.

misha omar pitam teater nyonya and the gang

Teater Nyonya and The Gang mula dipentaskan pada Jumaat lalu hingga 20 Jun 2013 ini di Panggung Sari, Istana Budaya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.