Misi Ke Gaza Bukan Cari Publisiti Murahan – Afdlin Shauki | Hari ini kalau ikut perancangan, pelakon, pelawak dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki akan ke Gaza, Palestin bersama misi Aqsa Syarif dalam misi kemanusiaan ke negara berkenaan. Misi yang sungguh murni dan seharusnya mendapat perhatian ramai. Namun yang kesalnya ada yang sanggup melontarkan ‘ayat pedas’ mengatakan Afdlin sertai misi itu hanya untuk mencari publisiti murahan.

Alahai orang kita, buat baik salah dan tak buat pun salah. Apa salahnya media memuji tindakan Afdlin tu. Sekurang-kurangnya boleh menjadi pemangkin semangat kepada orang lain. Ke Gaza tu bukannya untuk ‘shopping’ tetapi nyawa yang menjadi taruhan. Lebih baik doakan kejayaan misi mereka selamat pergi dan selamat pulang ke tanahair. Amin.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.