Mister Ikan Naga Dan Ikan Toman Gergasi Di Empangan Teluk Bahang Pulau Pinang | Banyak juga kita dengar cerita mengenai ikan gergasi ni. Ada yang kata ianya hanyalah mitos dan hanya bualan kosong orang semata. Namun bagaimana pula dengan kisah ikan naga (Arapaima Gigas) dan ikan toman gergasi di Empangan Teluk Bahang, Pulau Pinang? Adakah ianya hanyalah cerita rekaan?

Kisah ikan toman gergasi dan ikan naga (Arapaima Gigas) di Empangan Teluk Bahang masih belum dapat dibuktikan kesahihannya. Bagaimanapun ada saksi yang mengaku pernah melihat kelibat ikan berkenaan. Nak tahu lebih lanjut sila baca petikan dibawah.

Empangan Teluk Bahang yang merupakan empangan tadahan air terbesar di Pulau Pinang kekal dengan misteri tersendiri yang semakin membimbangkan apabila ia dikatakan menjadi habitat ikan naga dan toman yang boleh mengancam keselamatan pengunjung terutama pemancing. Beberapa penduduk mendakwa pernah melihat kedua-dua jenis ikan bersaiz gergasi di empangan tersebut yang kini sudah diwartakan sebagai kawasan larangan bagi kaki pancing.

Selain bahaya kedalaman empangan tersebut yang menjadi punca ia diwartakan sebagai kawasan larangan bagi orang awam, cerita dari mulut ke mulut mengenai kewujudan ikan toman di empangan tersebut turut memberikan kesan tersendiri. Seorang penduduk, Rosnani Ahmad, 37, berkata, dia pernah diberitahu rakannya yang juga seorang kaki pancing tentang penemuan ikan besar di situ sejak beberapa tahun lalu.

Kata rakannya, kali terakhir dia pernah terlihat kelibat ikan naga dan ikan toman bersaiz sebesar pemeluk sewaktu dia mengunjungi empangan tersebut pada Oktober tahun lalu.

empangan teluk bahang

ikan naga

(Gambar – Ikan Arapaima Gigas atau dikenali dengan nama ikan naga yang mampu membesar sehingga 40 – 50kg)

Oh, kalaulah ikan berkenaan benar-benar ada maka susahlah ikan lain nak membiak. Tindakan pantas oleh pihak berkenaan amat diperlukan kerana kewujudan ikan bersaiz gergasi itu sudah tentu mengganggu pembiakan ikan tempatan yang lain.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.