Puteri Diana, nama yang cukup gah dan disayangi suatu ketika dahulu. Mendiang Puteri Diana merupakan seorang wanita yang sangat baik hati dan sering melakukan kerja amal. Sikapnya yang penyayang dan prihatin membuatkan dia disayangi ramai, terutamanya kanak-kanak. Namun satu kemalangan telah berlaku pada 31 Ogos 1997 yang meragut nyawanya. Bagaimanapun kemalangan dan misteri kematiannya masih menjadi misteri dan pihak polis masih mencari motif kemalangan yang berlaku.

princess puteri diana

Setelah lebih tujuh tahun berlalu, misteri kematian Puteri Diana mungkin bakal terungkai. Ini kerana muncul seorang lelaki yang mengaku bertanggungjawab atas kematian bekas isteri kepada Putera Charles itu. Menurut majalah Globe, lelaki tersebut mengakui bahawa dia telah diarahkan untuk membunuh ibu kepada Putera Willian dan Putera Harry itu.

“Lelaki tersebut diberi tugas bagi memastikan Puteri Diana tidak keluar dengan selamat dari sebuah terowong, Pont de l’Alma di Paris, ketika tarikh beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ketika kejadian mendiang menaiki kereta bersama kekasihnya, Dodi Al-Fayed, yang merupakan anak seorang jutawan Mohamed Al-Fayed, seorang pengawal peribadi, Kes Wingfield, dan pemandu kereta, Henri Paul,” kata sumber tersebut.

Imbas kembali – Puteri Diana dan Putera Charles, berkahwin pada 29 Julai 1981 di Gereja St Paul, London. Perkahwinan diraja ini berlangsung dengan meriahnya apabila dihadiri ribuan penduduk England dan pelancong dari luar negara. Perkahwinan Puteri Diana dan Putera Charles pada ketika itu turut mendapat liputan meluas di televisyen seluruh dunia bagi menyaksikan pasangan diraja. Pasangan ini juga dikurniakan cahaya mata Putera William dan juga Putera Harry.

– Sumber Sinar Harian


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.