Sebelum ini penyanyi Mizz Nina mengambil keputusan untuk membuat persembahan di hadapan penonton wanita sahaja. Beliau memutuskan perkara itu sekembalinya dari mengerjakan haji pada November lalu. Bagaimanapun menerusi kenyataan terbarunya dalam sebuah portal hiburan, Mizz Nina telah mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi.

Menurut Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, keputusan tersebut dibuat melalui hati dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Selain itu, Mizz Nina tidak menafikan bahawa tawaran nyanyian masih ada namun dia menolaknya dengan baik. Jelasnya dalam laporan berkenaan, dia kini sibuk menguruskan perniagaan pakaian Muslimah selain bakal menerbitkan sebuah rancangan TV untuk kanak-kanak.

mizz nina terkini

“Alhamdulillah, saya selesa dengan kehidupan saya, perubahan saya. Keputusan yang dibuat adalah dari hati, tiada siapa yang memaksa… Sememangnya nyanyian itu sudah sebati dengan diri namun saya sudah puas melalui zaman tersebut… Jadi saya tidak menyesal dengan keputusan untuk tinggalkan bidang nyanyian. Keluarga sentiasa menyokong begitu juga suami saya, Noh, dia selalu ada bersama saya tidak kira susah atau senang” ujarnya dalam sebuah portal hiburan.

“Saya akui masih ada tawaran nyanyian yang diberikan namun saya tolak dengan baik…. Kini, kalau boleh saya mahu memberikan tumpuan mengenai hal yang berkaitan dengan agama selain memberi fokus kepada pernigaan saya” ujarnya.

p/s: Alhamdulillah. Tidak dinafikan ramai yang mendoakan sebelum ini agar beliau berhenti menyanyi sepenuhnya…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.