Mizz Nina Ikut Jejak Ning Baizura Tidak Sertai Persembahan Sempena Arthur’s Day | Memetik laporan beberapa sumber media, Mizz Nina menyatakan bahawa dia tidak akan membuat persembahan sempena Arthur’s Day, yang akan berlangsung di Souled Out, 28 September 2012 ini.

Khabarnya penyanyi berkenaan, Mizz Nina, 32, membuat pengumuman itu menerusi laman mikro Twitter pagi tadi. Beliau juga menjelaskan bahawa pihak Souled Out akan mengumumkan barisan artis baru yang akan menjayakan persembahan untuk Arthur’s Day, hari ini.

mizz+nina

“Saya tidak akan terlibat dengan persembahan itu disebabkan situasi-situasi yang tidak diduga,” katanya lagi.

Sebelum ini, Mizz Nina dan seorang lagi artis, Ning Baizura dilaporkan akan menjayakan persembahan meraikan ulang tahun syarikat minuman keras itu. Ning, 37, sudah menarik diri daripada persembahan itu awal minggu ini selepas gambarnya digunakan pada poster promosi persembahan tanpa pengetahuannya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.