Mohd Mentor Lega Bebas Dakwaan Rogol | Memang suatu kelegaan sekiranya bebas dari sesuatu tuduhan yang melibatkan undang-undang. Begitu juga dengan Mohd (Juara Mentor 4). Dia ternyata lega apabila bebas dari hukuman dari dakwaan merogol.

Ini kata-kata Mohd selepas ditemubual media:

“Memang betul saya sudah dibebaskan selepas ditahan reman tujuh hari tanpa ikat jamin dan buat masa sekarang saya belum berani menjelaskan dengan lebih lanjut lagi kerana perkara ini masih lagi dalam siasatan. Tidak dinafikan insiden terbabit menjejaskan periuk nasi saya. Banyak ‘show’ yang telah dibatalkan termasuklah perlantikan saya sebagai duta Kementerian Pengajian Tinggi yang telah ditangguh. Selain itu, saya juga perlu menanggung malu kerana orang memandang serong terhadap saya. Ada juga yang bertanya akan kesahihan cerita tersebut, apa yang boleh saya cakap semua masih dalam siasatan.” – Petikan Media Hiburan Online.

mohd ziana

Ditanyakan pula sejauh mana hubungannya bersama penyanyi wanita tersebut sehingga tercetusnya insiden seperti yang dilaporkan, Mohd memberitahu;

“Saya tidak pernah bercinta dengannya. Hubungan kami hanya rakan artis. Sebulan kami berkenalan, saya jadi pelik kerana dengan tiba-tiba dia mengajak saya untuk berkahwin dan saya pun jadi musykil. Selepas saya menolak berlakulah seperti apa yang dilaporkan.”

Mohd juga memberitahu dia akan mengadakan sidang media bagi membersihkan namanya selepas semua siasatan selesai dijalankan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.