Mojo Menang Vokal Terbaik Di Hong Kong Asian-Pop Music Festival (HKAMF) 2013 | Sememangnya ia satu pengiktirafan yang cukup baik untuk industri hiburan di Malaysia. Ramai penyanyi negara kita berjaya menempa nama di peringkat Asia. Paling membanggakan apabila mereka berpeluang melebarkan sayap ke pasaran luar negara.

Kemungkinan Mojo bakal mengikuti jejak Yuna dan Shila Amzah untuk membuka pasara di persada antarabangsa. Langkah pertama yang terbaik dari mereka adalah mendapat pengiktirafan Vokal Terbaik di Hong Kong Asian-Pop Music Festival (HKAMF) 2013 yang berlangsung pada Jumaat lalu di Pusat Konvensyen Hong Kong (HKCEC).

mojo

Berdasarkan laporan gua.com.my, Mojo dipilih mewakili negara ke festival tersebut di atas pencapaian mereka dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 19. HKAMF merupakan sebuah acara muzik Asia serantau yang dianjurkan oleh International Federation of the Phonographic Industry (Hong Kong Group). Seramai tujuh orang penyanyi daripada tujuh negara telah mengambil bahagian. Peserta turut dinilai oleh tujuh juri dari negara yang terlibat. Antara negara-negara yang terlibat dalam festival muzik tahunan ini adalah China, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Korea, Singapura dan Malaysia.

Pada malam festival muzik tersebut, Mojo mempersembahkan dua buah lagu, ‘Andai Ku Bercinta Lagi’ dan ‘Dream On’ nyanyian asal Aerosmith. Kata Edry selaku ‘synthesizer’ kumpulan Mojo, mereka tidak tahu bahawa HKAMF merupakan satu pertandingan, sebaliknya mereka menyangka ia hanya festival muzik biasa. Mojo juga adalah satu-satunya kumpulan rock yang bertanding pada malam tersebut.

Selain meraih anugerah Vokal Terbaik, Mojo juga mendapat markah tertinggi untuk kategori Persembahan Terbaik. Mojo telah dijemput oleh seorang penerbit dari Korea untuk mengadakan persembahan di Festival Rock Korea yang dijangka berlangsung sekitar bulan Ogos nanti.

Paling menarik, Edry juga turut berkongsi bahawa lagu ‘Andai Ku Bercinta Lagi’ akan dihantar ke Hong Kong dan diterjemah dalam bahasa Kantonis untuk pasaran di sana. Versi Kantonis tersebut akan dinyanyikan oleh penyanyi dari negara itu.

sumber info dan gambar ~ gua.com.my


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.