Motorola Mobility Inc menjalin usaha sama dengan Electronic Art (EA), syarikat hiburan interaktif digital global bagi melancarkan Motorola ATRIX 2. Ini adalah usaha sama pertama Motorola Mobility tahun ini, dengan EA yang menyediakan 10 permainan untuk Motorola ATRIX 2, termasuk “Need for Speed Hot Pursuit” dan EA Sport FIFA 10.

Motorola ATRIX 2 ialah telefon pintar berkuasa yang dilengkapi ciri-ciri menarik yang sedia untuk perniagaan dan hiburan, pada harga menarik. Ciri menarik lain telefon pintar baru itu ialah aplikasi MotoCast, yang membolehkan pengguna mengakses semua kandungan peribadi mereka di mana saja. MotoCast memastikan anda memiliki semua fail penting dalam tangan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Antara kelebihan Motorola ATRIX 2 adalah mempunyai skrin resolusi 540×960 pixels dengan paparan bersaiz 4.3 inci. Ia turut disertakan memori dalaman 8gb beserta 2gb lagi memori tambahan. Namun cpu Motorola ATRIX 2 nampaknya agak ketinggalan dengan pesaingnya sudah jauh kedepan namun CPU Dual-core 1 GHz Cortex-A9 sudah cukup berkuasa untuk melancarkan segala aplikasi yang terkandung didalamnya. Motorola ATRIX 2 boleh diperoleh daripada peruncit terpilih di seluruh negara pada harga RM1,399.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.