Pelawak komedi yang dikenali dengan wataknya sebagai ‘Mr Bean, Rowan Atkinson bakal memeriahkan industri filem Indonesia apabila dia dikhabarkan telah bergandingan dengan aktres jelita Indonesia Dewi Persik (Depe) dalam sebuah filem seram.
Depe nyata gembira kerana berpeluang berlakon dengan pelawak terkenal Rowan Atkinson. Filem yang sedang menjalani penggambaran ini diberi judul ‘Mr Bean Kesurupan Depe’. Dalam filem yang diterbitkan oleh KK Dheraj ini, Rowan akan memegang watak sebagai hantu pocong. Tentu menarik watak yang dipegang oleh Rowan. Nantikan kemunculan filemnya yer.