Murid tahun dua dipercayai dipatuk ular di Rembau! Kalau sebelum ini, murid tahun satu, Nuriey Nadhirah meninggal dunia dipercayai dipatuk ular di Pengkalan Chepa, Kelantan, terbaru seorang murid perempuan Tahun Dua pengsan disyaki akibat dipatuk ular di Sekolah Kebangsaan (SK) Chembong, Rembau, pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian Online, dalam kejadian itu kira-kira jam 10 pagi, mangsa dikatakan terjatuh ketika bermain di padang sekolah berkenaan, sebelum tidak sedarkan diri dengan beberapa rakannya mendakwa mereka ternampak ular berhampiran lokasi mangsa rebah.

MURID TAHUN DUA DIPERCAYAI DIPATUK ULAR DI REMBAU

Sumber berkata, mangsa dihantar ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), untuk rawatan lanjut.

“Buat masa ini kita difahamkan doktor masih menjalankan pemeriksaan lanjut terhadapnya. Dia berada dalam keadaan sedar dan stabil. Kita juga difahamkan doktor mengesan kesan gigitan atau patukan pada bahagian kaki, namun belum dapat memastikan sama ada ia adalah kesan patukan ular,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Rusni Ab Jalil, akan membuat sidang media mengenai kes itu di SK Chembong di sini, pagi esok mengenai apa yang berlaku.

Sedikit perkongsian dari rakan FB mengenai isu ular yang tiba-tiba menjadi topik hangat sejak kebelakangan ini. Menurutnya;

“Musim panas terik begini merupakan musim binatang berbisa terutamanya ular mencari tempat perlindungan ke lokasi yg di rasakan sejuk dan selamat baginya.

Ular berbisa seperti tedung selar, tedung, katam tebu, ular kapak boleh membunuh dgn cepat. Ular-ular ini akan mematuk mangsa dan mengeluar/mengalirkan bisa melalui taringnya.

Untuk itu kita kena berwaspada dan berjaga-jaga dengan pesekitaran. Ular akan masuk rumah melalui saluran air, paip , longkang, celahan pintu dan tingkap.

Ular akan cari tempat sejuk dan di rasakan selamat iaitu bawa dapur, bawa almari, bawa kerusi, atas almari dan bilik air. Hati-hati dan sentiasa memeriksa rumah. Untuk keselamatan/mencegah ular dari masuk rumah taburkan garam kasar dan belerang/sulfur di sekeliling rumah.

Musim panas terik musim ular dan binatang berbisa berhijrah dan sangat sensitive serta agresif/garang, begitu juga waktu musim mengawan dan selepas salin kulit. Ular berbisa membunuh dengan patukan dan bisa/racun yang terdapat pada taring. Ular sawa membunuh dgn melilit mangsa dan menelan sedikit demi sedikit.

Saya rasa simpati yang menimpa pada pelajar sekolah di Kelantan yang mati semalam dan ular tedung selar 10 kaki masuk dalam engine lori di Langkawi semalam serta dalam kereta. Bagi yg bekerja di tapak bina sila berhati-hati yer. Thanks…”

Satu perkongsian yang menarik dan diharapkan kita semua berjaga-jaga. Dalam pada itu, kami di ammboi.com doakan agar mangsa di Rembau ini pulih seperti sediakala. Insya Allah.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.