Nabila Huda Idam ‘Tambah Anak’ Tapi Bukan Dengan Johan As’ari? | Mereka berdua pernah dikatakan hangat bercinta. Namun kini, nampak seolah-olah mahu mengelak dari isu berkenaan pula. Johan As’ari sebelum ini pernah mengatakan mahu tumpukan perhatian pada kerjaya. Semalam pula Nabila Huda meluahkan dia dan Johan hanya sesuai sebagai kawan sahaja.

Nabila menjelaskan dia sememangnya sayangkan Johan As’ari namun sayang itu tidak lebih sebagai kawan. Berkenaan isu mahu tambah anak atau berkahwin lain, dia seolah-olah menafikan bahawa Johan adalah calon berkenaan dengan menjelaskannya dalam sebuah akhbar semalam.

“Bukanlah nak cakap besar atau bermegah, tapi bersediakah orang yang nak menjadi pasangan hidup saya itu menanggung dan menyara saya dengan anak? Biarlah Johan memenuhi impian dia dalam bidang seni. Dia masih muda dan sudah pasti banyak perkara yang ingin dicapai. Saya sendiri ingin melakukan pelbagai perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini,” kata Nabila sambil menjelaskan dia tidak sabar untuk memiliki anak kedua tapi buat masa sekarang belum ada calon yang sesuai untuk menjadi pasangan hidup.

“Saya ini jenis yang tidak suka dikongkong sebab itu saya perlu mencari calon suami yang dapat menerima saya seadanya. Janganlah bila kahwin, saya kena ikut sahaja apa kata suami, saya tidak suka begitu. Bagi saya, suami isteri perlu ada pandangan tersendiri dan perbezaan itulah yang akan mengeratkan hubungan. Setakat ini saya selesa bersendiri, mudah untuk saya bergerak ke mana sahaja dan masa untuk saya memberi tumpuan pada kerjaya,” akuinya tanpa berselindung yang ammboi dipetik dari laman Hiburan-Utusan Malaysia Online.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : amri086[email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.