Nabila Huda Teruja Tercalon Dalam Anugerah Skrin (ASK) 2012 | Pelakon penuh kontroversi, Nabila Huda  teruja apabila buat pertama kali namanya tercalon dalam salah satu kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Skrin (ASK) 2012. Selain teruja dan dalam masa yang sama gembira, kata Nabila, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi sebarang anugerah untuk tahun ini memandangkan persaingannya bukan calang-calang.

“Sepanjang karier saya sejak berusia 16 tahun, inilah pertama kali nama saya tercalon untuk ASK. Teruja dan saya sangat berharap daripada dulu lagi sehinggalah tahun ini ada pihak yang melihat bakat saya. Alhamdulillah, syukur saya diberikan peluang untuk bekerja di bawah produksi Maharku Untukmu yang saya yakin mempunyai jalan cerita, skrip dan mesej yang kuat buat penonton. Saya tidak meletakkan sebarang harapan tinggi untuk merangkul sebarang anugerah kali ini, sebaik-baiknya dahulukan yang senior,” hurainya lanjut sebagaimana yang disiarkan dalam Kosmo online.

Nabila juga tidak menolak faktor namanya tidak tercalon pada tahun-tahun sebelum ini disebabkan kurangnya nilai komersial dalam sesebuah naskhah sama ada drama atau telefilem lakonannya. Dia nyata berpegang kepada prinsip bahawa dunia lakonannya tidak diukur dengan kemenangan menggondol pelbagai anugerah.

“Berlakon adalah keghairahan saya. Saya berlakon dari dalam hati dan melakukannya dengan jujur biar orang yakin dengan bakat yang saya ada. Sejujurnya, saya suka berlakon cerita dan karakter berat dan cuba mengelak sekiranya diberikan watak komedi. Bukan memilih tapi saya rasa puas apabila dapat melakonkan sesuatu karakter yang sarat emosi. Contohnya drama rantaian Julia, saya bersyukur kerana mendapat maklum balas positif daripada penonton. Bukan mudah untuk menangis siang dan malam untuk menjiwai watak dalam drama tersebut,” katanya.

Nabila menegaskan dirinya tidak selektif terutama soal bayaran, kerana baginya berlakon adalah punca rezeki dan dia juga tidak pernah meletakkan skala harga atau bayaran tertentu terhadap dirinya.

“Orang tahu nilai saya, jadi setiap kali mendapat tawaran saya berpuas hati dari segi bayaran,” ulas bintang filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam itu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.