Pelakon popular menerusi siri televisyen Adam dan Hawa, Nadiya Nisaa enggan mengulas berhubung dua keping gambar yang merakamkan imej seorang lelaki bertatu, yang didakwa suaminya. Hujung minggu lalu, kisah sensasi ini mendapat perhatian wartawan Berita Harian, Zubir Mohd Yunus.

nadiya nisaa

“Saya tak mahu komen mengenai gambar itu. Saya juga tidak mahu berikan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan. Saya tidak mahu sebarang kenyataan daripada saya boleh mengguris hati dan perasaan banyak pihak, lebih lebih lagi keluarga mentua. Lagipun apa yang mejadi pertikaian sekarang ialah suami, bukan diri saya. Hubungan saya dan suami elok, saya tak mahu timbul sebarang isu gara gara gosip yang diperkatakan ketika ini. Saya harap perkara ini tidak berpanjangan. Yang berlakon, yang bergelar artis adalah diri saya, bukannya suami saya. Saya tak mahu gosip seumpama ini boleh mengeruhkan keadaan kami sekeluarga,” katanya dipetik Berita Harian.

Nadiya Nisaa turut meminta semua pihak supaya memberi perhatian terhadap perjalanan kariernya dan bukan isu peribadi serta keluarga.

p/s: Harap semuanya aman…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.