Nadiya Nisaa Pegang Watak Ain Hawani Bukan Hanya Kerana Rupa – Produser | Semalam meletup jugaklah post Kontroversi Adam dan Hawa – Pemilihan Nadiya Nisaa Dipertikai yang ammboi siarkan dalam slot hiburan. Memang ramai yang tertanya-tanya kenapa Nadiya Nisaa dipilih pegang watak Ain Hawani (heroin Adam & Hawa) sedangkan ramai lagi aktres yang hebat-hebat ada diluar sana. Yang mempertikaikan isu ini juga berkaitan dengan populariti dan paras rupa.

Bagi mereka nama Nadiya Nisaa tidak begitu popular malah tidak begitu popular jika dibandingkan dengan pelakon wanita lain yang ada di luar sana. Malah, paras rupa dan imej penampilan dirinya juga dianggap biasa dan sederhana. Itu sebabnya ramai yang tertanya-tanya mengapa dia dipilih untuk menjadi teraju utama Adam & Hawa bergandingan dengan aktor Aaron Aziz yang kian hari kian mantap lakonannya?

Pemilihan Nadiya Nisaa Tepat

adam dan hawa

Produser Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Mohd Jiwa yang lebih mesra disapa sebagai Kak Ton berkata, pihaknya mempunyai sebab untuk mengambil Nadiya Nisaa untuk memegang watak sebagai Ain Hawani.

“Sebenarnya watak Ain Hawani ini memerlukan seseorang yang mampu menzahirkan lakonan yang berkesan dan penghayatan dari dalaman dan sebab itu kami memilih Nadiya Nisaa. Bukannya kami tidak cari pelakon lain, uji bakat pun kami buat juga, tapi apa yang kami cari itu masih tidak jumpa. Ain Hawani yang kami cari bukanlah seorang yang terlalu cantik. Sebab kalau sesiapa membaca novel Adam & Hawa ini, Ain Hawani sebenarnya digambarnya sebagai seorang yang ringkas dan biasa.

“Itulah yang ada pada Nadiya Nisaa. Kami mahu seorang pelakon yang tidak begitu menonjol dari segi kecantikannya tetapi pada masa yang sama boleh berlakon dengan begitu baik dan berkesan sekali,” katanya kepada portal hiburan murai.com.my.

Menurut Kak Ton lagi, sebenarnya pengarah filem Osman Ali yang mencadangkan kepada pihaknya untuk mengambil Nadiya Nisaa untuk menerajui watak sebagai Ain Hawani. Dari situ, pihaknya cuba tengok balik lakonannya sebelum ini dan terus tertarik untuk mengambilnya berlakon di dalam drama bersiri ini.

Jadi sudah jelas penerangan yang diberikan pihak pengarah drama dan penerbit drama Adam dan Hawa ini. Diharapkan kontroversi ini sudah selesai. Cuba hayati watak Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani dahulu sebelum kita menilai tahap kemampuannya itu. Mungkin tidak siapa tahu, beliau sememangnya sesuai yang peranannya itu. Drama Adam & Hawa disiarkan menerusi saluran Mustika HD (saluran 134), setiap Isnin hingga Khamis, pada jam 10 malam. Bagi mereka yang mahu menonton secara online anda boleh ke Astro Gempak.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.