Nampaknya pihak media akan berterusan mengorek rahsia cinta dari pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Razak selagi dia belum mendedahkan siapakan wanita misteri yang berjaya menambat hatinya itu. Sebelum ini, Zizan pernah mendedahkan bahawa dirinya sudah jatuh cinta pada seorang gadis ketika majlis hari jadinya yang ke-29 lalu. Sehingga kini ianya mengundang teka-teki ramai siapakah gerangan wanita bertuah itu.

Pelbagai andaian dan tekaan dibuat mengenai wanita misteri berkenaan. Paling dekat dengan Zizan kini adalah pelakon, Emma Maembong. Gosip berkenaan timbul kerana Zizan dilihat rapat dengan pelakon wanita berkenaan. Tambahan pula semasa Zizan berada di Paris sempena perlantikkannya sebagai duta Sony, Zizan ada berkongsi gambarnya di sana menerusi Instagram, buat tatapan para peminat di tanah. Apa yang menjadi perhatian ramai, dua daripada gambar tersebut turut di tag-kan kepada Emma. Lantas menguatkan lagi spekualsi, betullah mereka sebenar bercinta selama ini?

zizan razak dan emma maembong

Bagaimanapun dalam satu kenyataan Malaysia Digest, Zizan menafikan gosip berkenaan.

“Dia (Emma) suka banggunan-banggunan di Paris. Jadi saya tag-kan lah gambar-gambar tu pada dia. Tak ada isu pun. Sama juga kalau saya tag gambar pada orang lain. Emma pun hanya sebagai artis dibawah syarikat pengurusan saya”, jelas Zizan dalam laporan itu.

Sebelum dengan Emma Maembong, Zizan sebelum ini juga dikatakan pernah bercinta dengan pelakon Juliana Evans atau Jue malah hubungan mereka sehingga kini masih terjakin meskipuk aktres itu sekarang berada di luar Michigan, Amerika Syarikat kerana menyambung pelajarannya. Untuk sekian kalinya menyangkal dakwaan itu, kata Zizan, dia dan Jue tidak pernah bercinta sebaliknya hubungan mereka berkekalan sehingga kini sebagai teman rapat.

“Saya dengan Jue tak pernah bercinta. Kami rapat. Memang tak dinafi, ciri-ciri yang ada pada dia, saya suka. Tapi untuk melamarnya sebagai kekasih, belum lagi.

“Sekarang ni banyak perkara lain yang harus saya fikirkan. Bukan masanya bercinta. Kerana kalau saya sudah mula bercinta, tumpuan saya hanya pada kekasih saya dan itu yang memungkinkan saya lalai dan mengabaikan tanggungjawab saya pada perkara lain”, katanya dan menyerahkan soal jodoh pada takdir.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.