Sebentar tadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan senarai anggota Kabinet baru yang akan berkuatkuasa 29 Julai 2015.

Najwa Mahiaddin luah perasaan selepas bapanya digugur dari jawatan TPM – Dalam pengumuman tersebut, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri baru, berkuat kuasa 29 Julai.

NAJWA MAHIADDIN LUAH PERASAAN SELEPAS BAPANYA DIGUGUR DARI JAWATAN TPM 1

Sejurus selepas pengumuman itu dibuat, anak-anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa Mahiaddin dan Farhan Yassin meluahkan perasan mereka di laman sosial Twitter.

NAJWA MAHIADDIN LUAH PERASAAN SELEPAS BAPANYA DIGUGUR DARI JAWATAN TPM 2

“Allah lebih mengetahui,” kata Najwa yang juga merupakan seorang penyanyi melalui akaun Twitternya.

Walaupun samar, tetapi status itu boleh memberi pelbagai tafsiran, tambah-tambah lagi rombakan kabinet ini dibuat selepas kritikan Muhyddin mengenai isu 1MDB dan The Edge.

NAJWA MAHIADDIN LUAH PERASAAN SELEPAS BAPANYA DIGUGUR DARI JAWATAN TPM 3

Sementara itu, Farhan pula memuat naik gambar ayahnya yang menyentuh hati di laman Instagramnya. Gambar itu dipercayai dirakam di luar pejabat Perdana Menteri di Putrajaya selepas pengumuman rombakan tersebut.

Dalam pada itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada memberi kenyataan media menerusi laman Facebooknya. Anda boleh baca kenyataan penuh beliau dibawah:

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.

Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

28 Julai 2015


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.