Skudai adalah pinggir bandar Iskandar Puteri, Daerah Johor Bahru yang penduduknya berkisar antara 160,000 sehingga 210,000 orang.  Ia merupakan sebahagian daripada koridor pertumbuhan baru di kawasan barat daya Johor. Skudai juga merupakan ibu pejabat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri serta juga rumah kepada kampus Universiti Teknologi Malaysia.

tempat menarik di skudai

Imej via [flickr]

Siapa pernah pergi ke Skudai? Bagi anda yang tak pernah menjejak kaki ke Skudai, terdapat banyak tempat-tempat menarik yang ada di Skudai. Skudai juga merupakan tempat tumpuan bagi para pelancong yang datang ke sini dari seluruh negara. Saya pasti ramai daripada anda yang pernah datang ke tempat menarik di Skudai ini.  Jom kita ketahui antara tempat-tempat menarik di Skudai.

 

  1. Lost in JB : The Haunted House

tempat menarik di skudai

Imej via [tripadvisor]

Siapa antara anda yang pernah bermain game ‘escape room’ di telefon bimbit? Seram dan menakutkan! Mahukah anda merasai pengalaman yang sama seperti di dalam game itu, tapi secara realiti? Jika anda ingin merasai pengalaman yang menyeramkan ini, jom kita ke satu tempat di Skudai yang dinamakan ‘Lost in JB: The Haunted House’ atau dalam bahasa Melayu ‘Sesat di JB : Rumah Berpuaka’.

Tahukah anda, Lost in JB diasaskan oleh sekumpulan sahabat yang amat ghairah tentang permainan, pengembaraan dan idea-idea inovatif. Mereka telah memperkenalkan konsep bilik melarikan diri yang sangat popular di Jepun, Hong Kong dan England ini di negara kita pula. Mereka mempercayai bahawa bilik melarikan diri (Escape Room) sebenar mestilah lebih daripada sekadar anda membuka kunci dan lari. Mereka pun telah membuat banyak usaha mengenai cerita, tetapan dan memasukkan cara inovatif bermain untuk meninggalkan pemain permainan ini lebih terkejut. Matlamatnya adalah untuk memastikan para pemain sepenuhnya direndam dalam cerita dan menyampaikan pengalaman unik tentang Lost in JB : The Haunted House ini.

Untuk memulakan permainan ini para pemain hendaklah mengumpul ahli-ahli kumpulan terlebih dahulu. Jika anda ingin memilih ‘team mate’ itu, pastikan anda cari yang bukan jenis penakut tau, nanti tak sampai dua ‘stage’ dah mengalah. Selepas itu anda dikehendaki memilih permainan dan temanya berdasarkan pilihan permainan yang disediakan. Untuk memilih permainan ini, anda bolehlah merujuk kepada poster yang disediakan. Sebelum permainannya dimulakan, para pemain akan diberitahu tentang arahan dan jalan cerita permainan ini. Oleh itu, anda perlu mengikuti setiap apa yang diberitahu. Selepas itu tibalah masanya anda bermain permainan ini dan rasailah pengalaman anda sendiri di dalam permainan ini.

 

2.  Golden Screen Cinema, Skudai

tempat menarik di skudai

Imej via [Tripadvisor]

Pasti anda tengah mencari tempat menarik di Skudai, anda bolehlah singgah di Golden Screen Cinemas di Skudai yang terletak di Paradigm Mall untuk melihat wayang bersama yang tersayang. Sistem bunyi di sini dilengkapi dengan alatan yang terkini iaitu ‘Dolby Atmos Sound’ yang sememangnya pasti memberikan kesan yang tersendiri kepada para pengunjung. Selain itu. Harga yang ditawarkan pun tidak terlalu mahal kepada para pengunjung.

 

3.  Paradigm Mall

tempat menarik di skudai

Imej via [imoney]

Jika tadi kita bercakap tentang Golden Screen Cinema di dalam Paradigm Mall kan, jadi inilah dia Paradigm Mall. Di Paradigm Mall, anda bukan sahaja dapat melihat wayang yang dilengkapi dengan peralatan canggih, tetapi juga boleh membeli belah di dalam Paradigm Mall ini. Selain membeli belah dan menonton wayang, terdapat hiburan lain yang dapat anda nikmati di sini. Antaranya adalah ice skating dan rock climbing. Bagi anda yang menyukai aktiviti yang lasak seperti rock climbing ini, anda bolehlah mencubanya di sini. Pasti menguji kekuatan stamina, minda dan fizikal anda. Bagi yang meminati aktiviti ice skating pula, anda boleh datang sini pada waktu pagi kerana permukaan akan bertambah licin pada waktu tengah hari di mana terdapat aktiviti hoki ais pada sesi tengah hari. Takut-takut anda tercedera jika anda belum mahir sepenuhnya.

Bagus juga untuk anda yang gemarkan membeli-belah, terdapat banyak kedai yang menjual bermacam-macam barangan berjenama di sini. Antaranya adalah Adidas, Nike, Uniqlo, Harvey Norman dan banyak lagi barangan berjenama di sini. Untuk penggemar makanan pula, terdapat bermacam-macam makanan yang anda mahu disini. Cakap sahaja makanan Jepun, makanan Western atau makanan tempatan sekalipun, pasti ada di sini. Apa tunggu lagi, jomlah datang ke sini. Paradigm Mall ini dibuka dari pukul 10 pagi sehingga pukul 10 malam setiap hari.

 

4.  Thyme Spa

tempat menarik di skudai

Imej via [mialiana]

Inilah dia tempat menarik di Skudai terbaik punya untuk anda yang bergelar wanita. Setiap wanita di dunia ini pasti menginginkan tubuh dan rupa yang cantik, betul tak? Tak dapat macam Angelina Jolie, dapat persisnya Ratu Cantik di kampung anda pun mungkin membuatkan anda dah cukup senang hati. Tambah-tambah ramai yang mengagumi kecantikan anda. Saya sarankan anda datang ke Thyme Spa sekiranya anda datang ke Skudai ini. Pasti anda berpuas hati dengan hasilnya.

Program yang direka bersesuai untuk semua peringkat usia, terutamanya bagi pelanggan yang lebih tua dan mengalami masalah tekanan. Terdapat rawatan yang direka mengikut tiga langkah utama iaitu rawatan detoks, rawatan selaras dan rawatan pelengkap. Rawatan detoks ialah dimana rawatan ini adalah untuk membuang toksin didalam badan anda. Rawatan selaras pula adalah untuk memulihkan keadaan badan dari tidak sihat kepada keadaan badan yang sihat optimum manakala rawatan pelengkap pula adalah rawatan untuk menggantikan pemakanan badan dengan rawatan atau produk yang relatif.

Terdapat 5 terapi yang dilakukan di sini iaitu terapi genkilogi, terapi penjagaan wanita, terapi mengaktifkan sel-sel kulit muka, terapi kurus dan terapi spa hydro. Bagi anda yang ingin tahu lebih lanjut mengenai terapi ini, anda bolehlah datang ke Thyme Spa di Skudai. Rata-rata pelanggan yang datang pasti memberikan komen yang positif.

5.  Hutan Bandar MPJBT

tempat menarik di skudai

Imej via [tripadvisor]

Hutan Bandar MPJBT ini merupakan salah sebuah tempat menarik di Skudai yang pasti akan anda datang suatu hari nanti.  Bagi yang ingin melakukan aktiviti beriadah bersama keluarga tersayangn anda boleh singgah ataupun melawat ke Hutan Bandar MPJBT di Skudai ini. Tapak taman rekreasi ini sangat luas sehinggakan bermacam-macam aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Anda boleh melihat gelagat anak-anak kecil keriangan sewaktu bermain di taman permainan.  Pastinya membuatkan jiwa anda berasa tenang, anda boleh menyewa basikal untuk bersiar-siar menikmati keindahan taman ataupun berjoging. Pasti meriah kan? Tambahan pula, anda membawa bekal dari rumah dan makan dibawah pokok yang redup ini, lagilah tenang.

 

6.  Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor

Imej via [klia2]

Bagi anda yang ingin melihat kapal terbang berlepas ataupun mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa, Senai, di sinilah tempatnya. Pemandangan ini pasti membuatkan anda kagum dengan pembangunan lapangan terbang yang menjadi tumpuan oleh seluruh dunia dan merupakan salah satu lapangan terbang yang pertama di Malaysia selepas pemisahannya daripada Syarikat Malaysia Airports Holding Berhad pada tahun 2003. Tahukah anda, lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di negeri Johor dan lapangan terbang kelima tersibuk di Malaysia.

Lapangan terbang yang merupakan tempat menarik di Skudai ini pada asalnya dibuka pada tahun 1974. Ia digunakan sebagai hab bagi Air Asia dan pada kini, lapangan terbang ini diuruskan oleh Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Sdn.Bhd, selepas mengambil alih operasi lapangan terbang daripada Malaysia Airports Holdings Berhad pada tahun 2003.

 

7.  Johor Premium Outlets

tempat menarik di skudai

Imej via [Thestar]

Siapa di sini yang sukakan barangan berjenama ataupun barangan mewah? Jika anda salah seorang daripada peminat barangan yang mewah ini, anda bolehlah melawat ke Johor Premium Outlets yang telah dibina pada tahun 2011. Di sini terdapat pelbagai jenis barangan berjenama dan merupakan ‘syurga bagi barangan berjenama’. Bolehlah anda cuci mata untuk melibat barang kesukaan anda. Dewasa ini, Johor Premium Outlet memberikan tawaran yang istimewa kepada para pelanggannya sempena pembukaan Fasa III. Kemunculan barangan Fasa III termasuk Nike, BritishIndia, Chaps Amerika Syarikat, Ed Hardy, Puma dan Under Armor. Jenama baru lain yang terdapat di Johor Premium Outlets ialah tas dan beg tangan berjenama Ace, Boggi Milano, Jam Tangan dan Perhiasan Calvin Klein, Dokter, Gucci, Jimmy Choo, Michael Kors dan Versace.

Selain itu, dalam sambutan ulang tahun ketujuh outlet pertama, 250 tetamu setiap hari akan menikmati ‘Coffee Time cheese sausage rolls’, Laksa Nyonya Flavours to-go serta Kopi Starbucks. Johor Outlet Premium mempunyai 150 kedai dan terletak secara strategik. Sementara itu, pusat outlet ini juga menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman yang boleh anda nikmati.  Pelbagai kemudahan, termasuk stroller dan servis sewa kerusi roda juga disediakan. Pelanggan boleh melawat www.premiumoutlets.com.my untuk senarai lengkap kedai semasa dan butiran lain. Waktu beroperasi adalah pada pukul 10 pagi sehingga pukul 10 malam setiap hari.

 

8.  Pantai Rekreasi Desaru

tempat menarik di skudai

Imej via [tempatmenarik]

Jika anda mencari pantai terbaik di Johor ini, pastinya ia merupakan tempat menarik di Skudai iaitu Pantai Desaru. Keindahan pantai ini tentunya membuatkan siapa pun tidak mahu meninggalkannya kerana suasana yang amat cantik dan mempesonakan. Dengan kebiruan dan kejernihan air lautnya pasti membuatkan fikiran kita akan tenang.  Selain itu, pokok rhu di sini ditanam sepanjang 25 kilometer mencantikkan lagi suasana pantai. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti pantai seperti berenang, snorkeling, berkelah dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh menikmati buah-buahan segar yang terdapat berhampiran pantai iaitu di dusun buah-buahan Desaru. Untuk pengetahuan anda, tempat penginapan di sini juga turut disediakan, resort-resort cantik dan harganya pun pasti berpatutan dengan pakej yang anda pilih.

 

9.  Legoland

tempat menarik di skudai

Imej via [bookmundi]

Tidak banyak untuk saya perkatakan tentang Legoland ini kerana ia sangat popular dan iklannya juga pasti ada dimana-mana. Bagi anda yang ingin berseronok bersama keluarga di Skudai, jangan lupa untuk ke tempat menarik di Skudai ini iaitu Legoland. Legoland merupakan taman tema air bertemakan konsep ‘Lego’ disamping juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang boleh didapati di sini. Legoland turut merupakan tumpuan utama bagi pengunjung di seluruh dunia pada masa sekarang dan merupakan taman tema ‘Lego’ pertama di Asia.

 

10.  Hello Kitty Town Sanrio

tempat menarik di skudai

Imej via [sgmytrips]

Watak kucing comel yang dipanggil Hello Kitty ini sudah tidak asing lagi bagi peminatnya di negara kita. Kucing yang selalu bertemakan warna merah jambu ini pasti amat disukai terutamanya bagi anak perempuan. Apa kata anda membawa anak anda ke sini apabila anda menjejakkan kaki ke Skudai ini. Di sini terdapat pelbagai barangan bertemakan hello kitty. Disamping itu, anda boleh melihat persembahan dari maskot hello kitty disini. Wah, pasti menarik kan? Harga tiket yang ditawarkan pula amat berbaloi dengan keseronokan yang diperolehi. Jadi apa tunggu lagi, jom datang ke tempat menarik di Skudai ini.

 

Imej via [melancong]

Kesimpulannya, Skudai merupakan pusat bagi tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati bersama keluarga. Terdapat banyak lagi tempat menarik yang pasti membuatkan anda tidak mahu meninggalkan bandar Skudai ini. Mari lihat pula tempat menarik di Kuala Lipis dan tempat menarik di Subang.

 

Rujukan

  1. Wikipedia
  2. Bookmundi.com
  3. thestar.com.my

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.