Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat, NASA pada Isnin mengesahkan penemuan aliran air di Planet Marikh. Pengarah Sains Planet Nasa, Jim Green, berkata, penemuan itu sekaligus mengesahkan, bahawa Marikh bukan sebuah planet yang tandus.

“Marikh bukan sebuah planet yang kering seperti yang kita sangkakan sebelum ini. Dalam keadaan tertentu, air telah ditemui di Marikh,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Saintis di seluruh dunia sebelum ini percaya, air pernah mengalir serta menyebabkan berlakunya pembentukan lembah dan ngarai di planet merah itu.

Bagaimanapun, menurut Green, perubahan iklim yang berlaku kira-kira tiga bilion tahun lalu dipercayai menyebabkan berlaku perubahan itu ke atas muka bumi Marikh.

“Hari ini kita menyaksikan satu revolusi pemahaman mengenai planet itu. Rover Penjelajah Marikh mengesan banyak kelembapan di udara Marikh,” ujarnya.

Menurutnya, rover yang menjelajah permukaan planet itu turut menemui tanah yang lebih lembap daripada yang dijangkakan. Katanya, sejak empat tahun lalu, NASA memantau jalur-jalur gelap di lereng permukaan planet Marikh.

NASA AKHIRNYA TEMUI BUKTI KEWUJUDAN ALIRAN AIR DI PLANET MARIKH

Bagaimanapun, selepas kajian dan analisis mendalam dilakukan, mereka boleh merumuskan, bahawa jalur-jalur itu adalah air. [Astro Awani – Nasa Akhirnya Temui Bukti Kewujudan Aliran Air di Planet Marikh]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.