Kecoh juga dengan kisah ‘nasi lemak telanjangMalaysia Airlines (MAS). Ia bermula apabila chef terkemuka negara, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand mengkritik hidangan nasi lemak yang disediakan dalam pesawat MAS tidak lengkap.

Hampir dua minggu isu berkenaan berlanjutan, kini saingan MAS, AirAsia seolah-olah mahu menyindir dan membidas hidangan nasi lemak berkenaan dengan memaparkan iklan ‘nasi lemak lengkap’ yang dimuatkan dalam akhbar mingguan tempatan.

nasi lemak airasia

AirAsia mengiklankan menu kegemaran rakyat Malaysua itu dengan tulisan ‘Nasi Lemak kami Lengkap!‘ ditambah dengan slogan ‘Sejuklah di udara kalau telanjang!‘.

Bagaimanapun Air Asia memaklumkan dalam satu kenyataan berita bahawa tujuan iklan itu bukanlah untuk membidas mana-mana pihak. Dalam kenyataan rasmi oleh jurucakap mereka, katanya tujuan iklan tersebut adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa masih ada nasi lemak yang sedap atas penerbangan.

nasi lemak airasia lengkap

“Isu nasi lemak sedang hangat buat masa ini dan iklan AirAsia itu untuk mengingatkan pengguna bahawa ada nasi lemak lengkap yang dihidangkan 35,000 kaki di udara dalam semua penerbangan AirAsia,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu chef selebriti terkenal tanahair, Chef Wan dalam akaun Instragramnya hari ini menyifatkan iklan AirAsia itu sebagai ‘persaingan yang sihat’ di mana pemenangnya tentulah yang terbaik. Beliau turut memesan kepada MAS agar mengotakan janji mereka untuk ‘mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan’ mereka.

“Jika tidak, lain kali saya boleh bawa sebiji timun dan rebus telur sendiri atas pesawat dan kongsikannya dengan penumpang sebelah,” gurau Chef Wan.

Chef Wan turut memberitahu bahawa tindakan beliau telah dipuji dan disokong oleh krew-krew semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, kerana menurutnya perkara sudah lama diketengahkan oleh mereka namun tidak diendahkan. Tambah beliau, sebagai Duta Makanan Malaysia, beliau mahukan yang terbaik untuk negara apatah lagi nasi lemak merupakan juadah nombor satu Malaysia, dan katanya amatlah memalukan jika kita bersifat ‘cakap tak serupa bikin’.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.