Nasib 10,200 Graduan Pendidikan Diketahui Pada Pembentangan Belanjawan 2013 Ini | Memetik laporan Berita Harian Online, nasib 10,200 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang sehingga kini masih belum ditawarkan pekerjaan sebagai guru akan diketahui pada pembentangan Belanjawan 2013, 28 September 2012 ini.

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua graduan terbabit diharap dapat bersabar kerana kedudukan mereka sebagai guru akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada hari berkenaan. Ditanya sama ada Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik untuk graduan berkenaan, Mohamed Khaled berkata beliau sendiri tidak mengetahuinya, namun berharap ia adalah khabar gembira kepada graduan terbabit.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.