Nasihat Datuk Siti Nurhaliza Kepada Shila Amzah | Ramai yang bersimpati dengan nasib penyanyi Shila Amzah yang terpaksa berdepan kemelut percintaannya dengan Sharnaaz Ahmad takkala hubungan mereka terhalang oleh bapa Shila sendiri, ND Lala. Tak kurang juga ramai yang sudah ‘menyampah’ dengan cerita masalah mereka.

Bagaimanapun, walau ada yang menyampah, tetapi ramai yang yang ingin tahu dan ingin menyampaikan sokongan kepada Shila Amzah. Terbaru, kisah percintaan Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad juga turut mendapat perhatian daripada penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Tahajjud Cinta

Menerusi kenyataan yang dipetik daripada Astro Awani (petikan Media Hiburan Online), Datuk Siti telah memberi nasihat agar Shila bertindak secara rasional dan seterusnya tidak mengikut perasaan.

“Memang Siti memahami situasi Shila dan ND Lala. Shila memerlukan suara dan haknya jugak. Sebenarnya tidak salah tetapi pada masa yang kita juga tidak boleh melupakan ibu bapa. Sebab Siti dulu pun melalui keadaan yang sukar. Macam Siti dulu, selagi ibu bapa tak restu, memang Siti takkan mendahulukan mereka. Kalau ada jodoh itu, buat macam mana pun, kalau Allah dah tulis dalam Luh Mahfuz, itulah jodoh kita.” ujarnya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.