Jangan salahkan Mamat. Bagi Zed dia adalah mangsa keadaan,” ujar pelakon serta Presiden Seniman, Zed Zaidi mengulas mengenai kontroversi pelawak Mamat Sepah yang ditemplak ramai gara-gara menyebarkan foto kemalangan Zed Zaidi di laman sosial miliknya, baru-baru ini.

“Kesian dia, kita tak boleh nak salahkan dia. Bagi Zed, dia seorang yang prihatin. Zed sendiri tak rasa ralat sangat sebab benda ini dah banyak kali berlaku. Perkara ini bukan berlaku pada Zed saja malah sebelum ini pun arwah Bob Kuman, arwah Osman Kering, Dato’ Aziz Sattar dan Remy Ishak juga pernah menjadi mangsa zaman media baru ini.

“Cuma, di sini Zed ingin menegaskan, apa saja yang berlaku, tidak kira sama ada kemalangan, kematian atau sakit, kita perlulah dapatkan pengesahan yang sah dulu sebelum keluarkan sebarang kenyataan. Kalau boleh, hubungi Seniman terlebih dahulu untuk mendapatkan sebarang pengesahan,” ujar Zed Zaidi dalam laman portal gua.com.my.

Ditanya mengenai tindakan Mamat memaki serta mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan di Twitter miliknya, Zed memberitahu, “Saya rasa apa yang berlaku menjadi satu tekanan untuk dia dan mungkin sebab itu dia bertindak sedemikian. Saya harap dia lebih bijak berkomunikasi dan lebih profesional selepas ini kerana sebagai artis, setiap gerak geri kita akan diperhatikan.”

Mengulas mengenai penutupan akaun laman sosial Mamat, Zed menjawab, “Itu terpulang kepada dia untuk menutup akaun kerana ia adalah hak masing-masing. Cuma nasihat saya, selepas ini, jika ada komen yang menyakitkan hati kita, jangan layan sebab nanti kita yang sakit hati. Nasihat saya, selepas ini kita kena lebih berhati-hati untuk bercakap dan bertanggungjawab dengan apa yang kita dah lakukan. Perkara ini bukan untuk Mamat saja tapi untuk semua orang,” ujar Zed mengakhiri perbualan.

Diharapkan dengan penjelasan Zed Zaidi ini dapat menjernihkan kembali keadaan. Mengenai siapa hentam siapa tu harap selesailah dengan cara yang baik.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.