Natasha Hudson Selamat Bersalin Bayi Perempuan | Tahniah diucapkan kepada pelakon Natasha Hudson yang telah selamat melahirkan anak keduanya pada pukul 5.45 petang pada hari Isnin lepas di Pusat Perubatan dan Bersalin UMRA, Shah Alam. Bayi berkenaan adalah perempuan dan diberitakan Natasha dan suaminya, Carleed Khaza telah pun memilih beberapa nama untuk bayi itu namun hanya akan menamakan anak mereka selepas tujuh hari kelahirannya.

Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 31, menerusi laman sosial Instagram miliknya berkata, dia bersyukur proses kelahiran berjalan dengan lancar dan dia berserta anaknya itu berada dalam keadaan sihat.

gambar perkahwinan nikah natasha hudson dan carleed

“Alhamdulillah, saya telah dimasukkan ke wad bersalin pada pukul 4 petang hari ini (Isnin) dan melahirkan pada pukul 5.45 petang. Saya bersalin secara normal tanpa sebarang suntikan ‘epidural’ mahupun ‘induction’. Kini kami berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat,” katanya.

Tambah Natasha dia juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga serta peminat-peminatnya yang sentiasa mendoakan agar proses kelahirannya berjalan dengan baik.

Natasha dan Carleed atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, berkahwin pada April tahun lalu di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Hasil perkahwinan terdahulu, Natasha mempunyai seorang anak perempuan, Nessa Helena yang kini berusia lima tahun.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.