Khabar gembira buat semua peminat bolasepak tanahair. Walaupun Nazmi Faiz bukanlah orang pertama yang berjaya menempa nama bermain di eropah, namun beliau merupakan antara bakat bolasepak terbaik negara yang lahir di Malaysia buat masa ini. Dengan umur yang masih muda, Nazmi dilihat mempunyai masa dan peluang yang secukupnya untuk melebarkan pengaruhnya dalam arena bolasepak dunia.

Semalam, sebuah portal sukan antarabangsa telah mengesahkan, Nazmi Faiz Mansor sah menandatangani kontrak rasmi 3 tahun bersama kelab divisyen 1 Portugal, SC Beira Mar. Nazmi antara 5 orang pelatih yang sedang diuji disana sejak dari awal lagi dilihat antara pemain yang terbaik dan mempunyai peluang cerah untuk diserapkan dalam pasukan berkenaan.

Apapun kini kita cuma perlu tunggu pengesahan dari Nazmi sendiri selain pengesahan dari pihak yang berkenaan di Malaysia. Semoga Nazmi Faiz terus bersemangat dan berjaya demi memajukan arena bolasepak negara kita juga. Keputusan rasmi itu dikhabarkan akan diumumkan hari ini.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.