Tidak mahu kelalaian menjadi batu penghalang kariernya, Nazmi Faiz Mansor pemain bolasepak Malaysia pertama yang mendapat kontrak profesional sebagai pemain eropah di kelab Portugal – SC Beira Mar mahu terus berusaha untuk meningkatkan tahap permainannya bagi merebut tempat selaku pemain utama pasukan.

Beliau yang kini terdedah kepada kehidupan bebas di Portugal mungkin boleh tersalah langkah dan seterusnya menghancurkan kerjayanya. Namun Nazmi menyangkal perkara berkenaan dan yakin akan tetap fokus serta berusaha keras untuk masa depannya.

“Saya tetap berpijak di bumi nyata dan sentiasa ingat pesan mak dan ayah! Sasaran utama saya ialah bermain di Eropah dan Biera-Mar ini adalah permulaan baik untuk saya,” kata pemain 17 tahun itu. “Saya tidak akan membiarkan perkara lain mengganggu matlamat sebenar saya. Di Portugal, saya lihat ramai pemain yang berbakat tetapi mereka cepat lupa diri dan rasa diri mereka bagus sehingga menjadi punca kemerosotan prestasi. Ejen saya, Marco (Guimaraes) turut memberi peringatan kepada saya berkenaan perkara ini. Saya akan kembali semula ke Portugal awal Julai ini selepas pusingan kelayakan Piala Asia. Saya tahu akan bermula dari bawah dan perlu bersaing untuk mendapat tempat dalam skuad utama.” – Nazmi Faiz Mansor


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.