Menjelang Musim Baru Liga Super 2014 – Boleh dikatakan sekarang adalah musim perebutan pemain. Semua pasukan dalam Liga Malaysia sudah bersedia untuk memancing pemain sasaran mereka. Pemain-pemain yang berstatus bintang sudah tentu bakal dilimpahi dengan pelbagai tawaran lumayan dari kelab atau pasukan yang mahukan tandatangan mereka.

Antara pemain yang bakal menjadi rebutan adalah Mohd Nazrin Mohd Nawi. Dipercayai pemain sayap pasukan Negeri Sembilan dan pemain kebangsaan itu menjadi rebutan beberapa pasukan utama negara sehingga ditawarkan gaji RM40,000.

nazrin nawi jadi sasaran kelantan dan jdt

Sebelum ini, Nazrin yang berasal dari Tumpat mengesahkan pasukan Kelantan dan Johor DT antara pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya, namun menegaskan beliau akan memilih pasukan memberinya peluang untuk beraksi berbanding tawaran lumayan.

p/s: Pilih yang terbaik baru boleh beraksi dengan baik…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.