Bapa kepada penyanyi Shila Amzah iaitu ND Lala mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas insiden anaknya itu dikatakan berpakaian tidak sesuai sebagai seorang wanita Muslim dalam sebuah program televisyen di Beijing, China baru-baru ini.

ND Lala berkata, sebagai manusia, anaknya itu tidak terlepas dalam melakukan kesilapan selain berpendapat kejadian itu berlaku secara tidak sengaja.

“Rakaman program itu dibuat pada pukul 1.30 pagi apabila pihak penerbit ingin menambah sebuah lagi lagu untuk dinyanyikan Shila itu dan anak saya bersetuju untuk berbuat demikian. Bagaimanapun timbul masalah pakaian kerana baju yang dibawa telah digunakan pada persembahan lain dan jika mahu kembali ke hotel bagi mengambil pakaian, ia memakan masa selama satu jam.”

Gambar Shila Amzah pakai skirt pendek bertudung

“Jadi kami memilih pakaian disediakan produksi dan seluar yang dipakai Shila bukan ‘legging’ seperti didakwa cuma warnanya sahaja tidak sesuai untuk wanita berhijab sepertinya,” katanya mengulas mengenai komen negatif yang diterima Shila apabila tampil dengan gaun pendek dengan seluar ketat dari rona kulit yang kelihatan seolah-olah penyanyi itu mendedahkan auratnya biarpun bertudung.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.