Banyak juga halangan terpaksa ditempuhi oleh Shila Amzah sebelum bergelar penyanyi bertaraf bintang seperti hari ini. Antaranya adalah kisah percintaannya yang terhalang dan pelbagai kontroversi lagi yang sering melandanya. Kalau dulu beliau dihangatkan bercinta dengan Sharnaaz Ahmad, namun yang terbaru Shila telah digosipkan dengan Johan As’ari.

Agak panas jugha gosip tersebut. Malah kenyataan demi kenyataan yang Shila dan Johan keluarkan menampakkan mereka ada hubungan yang istimewa. Namun akhirnya masing-masing menafikan hubungan berkenaan.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut, bapa kepada Shila Amzah, ND Lala secara terbuka mengakui dia sebenarnya tidak pernah menghalang untuk anaknya itu berkawan dengan sesiapa sahaja.

shila-amzah-dan-ibu-bapa-nd-lala

“Kalau ditanya tentang komen terhadap hubungan Shila dan Johan, saya sebenarnya cukup lega kerana ia sekadar gosip semata-mata. Lagipun gosip itu sudah menjadi sebahagian daripada dunia hiburan. Sebagai bapa saya memberi kebebasan untuk Shila berkawan dengan mana-mana lelaki, tetapi biarlah dengan cara yang baik dan sopan. Tentang jodoh pula semua itu adalah rahsia Allah,” jelasnya dipetik dari Kosmo Online.

Menurutnya, dia gembira kerana sejak Shila pulang daripada mengerjakan umrah dahulu, dia sudah menjadi semakin matang dan lebih fokus dalam kerjayanya untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa.

Selepas kejayaan Shila Amzah, ND Lala turut memberitahu dia mahu beri peluang kepada seorang lagi anaknya iaitu Shada yang turut mengikut jejak langkah Shila sebagai penyanyi dan bakal muncul dengan sebuah single baharu. Katanya, sekarang Shada perlu fokus dulu pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Selepas tamat PMR nanti barulah dia akan masuk studio untuk proses rakaman.

Melihat kepada kecenderungan Shila dan Shada dalam bidang nyanyian, penyanyi berkenaan memberitahu, dia sudah mempunyai perancangan untuk menghasilkan sebuah album yang mengandingkan dirinya dan kedua-dua anaknya itu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.