Neelofa Merajuk Tidak Menang ABPBH2012? Marah Pada Tasha Shila? | Masih ada lagi cerita berkaitan dengan Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 2012. Kononnya ada laporan mengatakan seorang aktres wanita ini merajuk oleh kerana tidak berjaya memenangi sebarang trofi dari 4 pencalonannya dalam anugerah berkenaan. Artis berkenaan adalah Neelofa.

Ada yang kata Neelofa terkilan dengan kekalahan itu?

neelofa dan tasha shila

Oh, tidak. Menerusi laporan Malaysia Digest, Neelofa menjelaskan dia tidak terkilan walaupun tidak memenangi sebarang anugerah daripada empat kategori yang dicalonkan. Jelasnya, mungkin bukan rezeki dia tahun ini ataupun belum tiba masanya. Neelofa juga berkata, mungkin ada banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki terutama dalam bidang pengacaraan.

“Lofa tidak ada rasa kecewa sebab kita tahu yang kak Fara pernah menang sebelum ini. Bagi Lofa, peminat Lofa dah cuba yang terbaik. Mungkin Lofa perlu masa untuk perbaiki pengacaraan Lofa. Atau mungkin belum masanya Lofa menang. Lofa tak merajuk dan mungkin itu bukan rezeki”, katanya yang turut menjelaskan dia pulang awal pada malam itu kerana perlu menjalani penggambaran filem Pilot Cafe, pada awal pagi keesokan harinya.

Marah pada Tasha Shila?

Pada malam anugerah berkenaan, Tasha Shila didakwa memperlekehkan Neelofa kerana tidak menang? Apa perasaan Neelofa?

“Sejujurnya Lofa tak tengok reaksi Tasha ketika tu sebab Lofa tengah bersedia di belakang pentas untuk catwalk. Keesokan harinya, kak Fara Fauzana menghubungi saya dan bertanya, “adik, awak okay dengan Tasha Shilla?” Lofa tanya, kenapa pula? Kemudian kak Fara kata, Tasha tak sepatutnya buat reaksi macam tu… dia tak tahu ker kita ni baik. Lofa cakap, “takper, biarlah”.

“Lofa langsung tak tengok bagaimana reaksi dia ketika itu dan Lofa cuma ada tengok komen-komen di Instagram yang mengatakan dia berlaku biadap dan Lofa tak mahu bersuara apa-apa. Bagi Lofa, Lofa tetap hormati dia”, katanya mengulas mengenai reaksi Tasha Shilla yang seolah-olah menyindirnya sebelum mengumumkan nama pemenang.

(Sumber: Malaysia Digest)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.