Pening juga dengan kenyataan akhbar sejak kebelakangan ini. Masing-masing menyiarkan cerita namun setiap laporan yang dikeluarkan ada kekeliruan. Sebelum ini, ada laporan mengatakan Neelofa telah menghantar SMS tuntut hutang sebanyak RM5,000 daripada pelakon lelaki yang panas dengan kes khalwat dan putus tunang, Shah Jaszle atau Shahrizal Jaszle. Namun yang terbaru, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 24, menafikan dia ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) menuntut hutang berkenaan kepada Shahrizal Jaszle.

Menerusi akhbar Kosmo!, Neelofa menyifatkan isu Shahrizal atau nama sebenarnya Mohd. Shahrizal Jaszle Jasmi, 25, berhutang dengannya itu sudah dua tahun berlalu dan dia sendiri berasa agak pelik apabila isu tersebut tiba-tiba dibangkitkan oleh Shahrizal sendiri. Katanya dia sudah lama tidak berhubung dengan aktor berkenaan dan dia sudah menghalalkan berapa sahaja jumlah yang Shahrizal berhutang dengannya.

neelofa nafi sms shah jaszle

“Saya ingin menegaskan bahawa tiada sebarang SMS yang dihantar kepada Shahrizal untuk menuntut hutang daripadanya, malah kami sudah lama tidak berhubung atau berjumpa antara satu sama lain. Lagipun, saya sudah lama melupakan tentang hutang itu dan saya telah menghalalkan berapa sahaja jumlah yang dia berhutang dengan saya,” ujarnya dalam akhbar berkenaan.

p/s: Alamak, makin parah pula kes Shah Jaszle. Siap berhutang dengan ‘awek’ pulak tu.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.